fbpx

Lelaki terbunuh nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 72.1 Jalan Johor Bahru – Batu Pahat berhampiran Lorong Abdul Ghani, Kampung Jawa, di Pontian, hari ini.

PONTIAN – Seorang pemandu kereta terbunuh setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 72.1 Jalan Johor Bahru – Batu Pahat berhampiran Lorong Abdul Ghani, Kampung Jawa, di sini, pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Mustaffa Bakri Salleh berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Abdul Ariffin, 29, beralamat di Simpang Renggam, Kluang.

Katanya, menurut kemalangan berlaku pada pukul 10 pagi itu melibatkan sebuah kereta Proton Waja, sebuah Proton Iswara dan sebuah Proton Wira.

“Insiden dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu kereta Proton Iswara dari Pontian ke Batu cuba memotong kenderaan di hadapan lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian tepi kereta Proton Wira.

“Dalam masa yang sama, mangsa telah bertembung secara berhadapan dengan kereta Proton Waja yang berada di laluan sama menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mustaffa Bakri, mangsa yang tersepit telah dikeluarkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Alsagoff, Pontian yang turut berada di lokasi kejadian bagi membantu operasi menyelamat.

“Mangsa yang mengalami kecederaan dibahagian dada telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Pontian (HP) pada pukul 12 tengah hari,” ujarnya. .-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI