fbpx

Kerajaan guna RM5 bilion dana KWAN bagi pemerolehan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk menggunakan dana berjumlah RM5 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah (KWAN) bagi mempercepatkan pemerolehan dan pembiayaan vaksin Covid-19.

Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sidang akhbar khas, di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata, keputusan bagi menggunakan dana itu dibuat selepas pindaan undang-undang melalui Ordinan Darurat untuk membolehkan dana KWAN digunakan bagi pemerolehan vaksin.

Beliau berkata, penggunaannya terhad pada pemerolehan dan pembiayaan vaksin sahaja dan bukan untuk tujuan lain.

“Anggaran RM5 bilion hanyalah menggunakan jumlah pelaburan yang dijana daripada dana itu tetapi jumlah ‘pokok’ RM10.4 bilion masih kekal dan tidak digunakan.

“Ketika ini, aset bersih KWAN adalah RM19.5 bilion di mana RM10.4 bilion adalah sumbangan daripada Petronas manakala, RM9.1 bilion adalah hasil daripada pelaburan,” katanya.

Katanya, beliau difahamkan, dana itu pernah digunakan sebelum ini bagi pembiayaan Projek Paya Indah Wetland.

Tengku Zafrul berkata, sebelum pindaan undang-undang itu, dana tersebut pada awalnya hanya boleh digunakan bagi membiayai perbelanjaan pembangunan dan pinjaman mudah kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sahaja.

Menurutnya, tujuan KWAN ditubuhkan pada awalnya adalah untuk mengoptimunkan hasil sumber asli negara demi kegunaan dan generasi akan datang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI