fbpx

Kementerian Pertahanan rakam ucapan takziah atas tragedi KRI Nanggala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR dirakam pada 20 Februari 2019 menunjukkan kru dan pegawai KRI Nanggala 402 di pangkalan tentera laut di Surabaya Indonesia. – AFP

PETALING JAYA – Seluruh warga Kementerian Pertahanan melahirkan rasa dukacita dan menzahirkan ucapan takziah kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo, Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto serta seluruh rakyat republik itu atas tragedi yang menimpa kapal selam, KRI Nanggala.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia turut berkongsi kesedihan yang amat mendalam dan turut merasa kehilangan atas tragedi tersebut.

“Sesungguhnya 53 anak kapal yang terkorban merupakan perwira bangsa serta patriot terbaik demi menjaga kedaulatan negara Indonesia.

“Semoga Allah S.W.T melindungi dan mengurniakan kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri dan seluruh warga Kementerian Pertahanan mendoakan semoga roh 53 anak kapal KRI Nanggala 402 dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, kapal selam Indonesia KRI Nanggala-402 yang hilang Rabu lalu disahkan ditemui hancur di dasar laut di perairan Bali sekaligus mengesahkan bahawa semua 53 kru maut dalam bencana itu.

Pihak berkuasa mengatakan bahawa mereka menerima isyarat dari lokasi sedalam 838 meter awal pagi semalam.

Pasukan mencari dan menyelamat menggunakan kenderaan penyelamat bawah laut yang dibekalkan oleh Singapura untuk mendapatkan pengesahan visual KRI Nanggala 402.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI