fbpx

Budak tiga tahun lemas jatuh tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui lemas di dam tali air di Kampung Jambu Merah, Melor petang tadi.

KOTA BHARU – Seorang kanak- kanak lelaki ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Kampung Jambu Merah, Melor di sini petang tadi.

Mangsa, Muhammad Huffaz Wafri Mohd.Zulfika, 3, ditemui dalam keadaan terapung di dalam tali air itu kira-kira 10 meter dari rumahnya pada pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa disedari lemas oleh seorang penduduk kampung selepas melihat kanak-kanak itu terapung di permukaan air.

Katanya, polis menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 4.33 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, polis mendapati mangsa masih berada dalam keadaan terapung di dalam tali air. Pasukan bomba dan penyelamat telah membawa mangsa naik ke kawasan tebing

“Siasatan mendapati, kali terakhir mangsa dilihat sedang bermain di dalam rumahnya oleh neneknya kira-kira pukul 3 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, bagaimanapun, ahli keluarganya tidak menyedari kehilangan kanak-kanak itu sehingga seorang jiran memaklumkan bahawa mangsa sudah lemas di tali air.

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Mahligai di sini dan disahkan sudah meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat,” katanya.

Tambahnya, siasatan turut mendapati kes itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah malah tiada langsung sebarang kesan kecederaan ditemui pada badan mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI