fbpx

Polis buat rondaan terperinci dari rumah ke rumah pada Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan (kiri) dan Hasanuddin bergambar di samping kenderaan baharu kontinjen Kedah di Majlis Penyerahan Kenderaan Baharu 4WD (1tan) GS-Cargo Guna Sama Operasi di IPK Kedah, hari ini.

ALOR SETAR – Polis Kedah memberi amaran kepada orang ramai agar mematuhi larangan rentas negeri semasa sambutan Aidilfitri nanti kerana pemeriksaan dari
rumah ke rumah akan dilakukan secara terperinci untuk mengesan mereka yang lolos.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya akan mengerahkan anggota melakukan rondaan sepanjang sambutan hari perayaan tersebut di
seluruh negeri ini.

“Polis Kedah mendapat arahan daripada Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar untuk melakukan rondaan, kita tengok rumah yang ada banyak kereta kita akan semak.

“Bukan sekadar kereta, kita tengok selipar, kasut di rumah itu banyak, juga kita akan periksa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Baharu 4WD (1tan) GS-Cargo Guna Sama Operasi untuk Kontinjen Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI