fbpx

Pelajar terima ugutan pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dirakam Ain yang dimuat naik ke laman Twitter.

PETALING JAYA – Isu jenayah rogol yang dijadikan gurauan kini semakin lama menjadi perbualan panas di laman Twitter.

Bukan itu sahaja, pelajar perempuan yang mendedahkan kejadian tersebut mengatakan dia turut menerima ugutan rogol dari beberapa pelajar lelaki di sekolahnya.

Menerusi video TikTok berdurasi 59 saat itu, pelajar yang bernama Ain berkata, dia ketakutan setelah menerima ugutan rogol yang dipercayai dari rakan sekolahnya kerana isu seorang guru lelaki menggunakan lawak lucah ketika mengajar yang tular sejak semalam.

“Saya menggigil ketakutan kerana ada segelintir dari mereka (pelajar lelaki) mengugut untuk merogol saya. Tetapi, itulah sebab kenapa saya perlu teruskan usaha ini.

“Kita bersama-sama lawan menegakkan apa yang betul. Kita perlu lakukan pembaharuan terhadap sistem pendidikan di negara ini,” jelasnya di dalam video TikTok.

Menurut seorang netizen @aidathecat berkata, anda tidak berseorangan dalam hal ini. Ramai yang sentiasa menyokong tindakan yang anda lakukan.

Bagi @h0eizm, mereka (pelajar lelaki) cuba untuk menakut-nakutkan pelajar perempuan itu. Buktinya, dia melakukan perkara yang betul.

“Mereka cuba hendak takutkan awak. Awak tahu kenapa? Awak sedang lakukan perkara yang betul. Jaga diri dan semoga berjaya,” katanya di ruangan komen.

Terkini, tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace ‘trending’ di Twitter kerana rata-rata pengguna laman Twitter menyokong tindakan yang dilakukan pelajar itu bagi mendapatkan keadilan untuk semua pelajar wanita yang ditindas dengan jenayah rogol yang dijadikan bahan gurauan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI