fbpx

Bomba selamatkan anak kucing terperangkap atas pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor kucing diselamatkan bomba di Lebuh Teik Soon malam tadi.

GEORGE TOWN – Seekor anak kucing yang ketakutan akibat terperangkap di atas sebatang pokok di Lebuh Teik Soon di sini diselamatkan bomba malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 7.58 malam sebelum bergegas ke lokasi.

“Bomba menggunakan tangga bagi menyelamatkan kucing berkenaan yang terperangkap pada ketinggian kira-kira 15 meter,” katanya kepada pemberita hari ini.

Difahamkan anak kucing berbulu berwarna putih itu tidak mengalami kecederaan.

Operasi itu dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI