fbpx
Anggota penguatkuasa Jabatan Perhutanan Negeri Zon Barat memeriksa sebahagian balak yang dirampas di Hutan Simpan Benchah Februari lalu.

24 kes pencerobohan hutan dalam tempoh tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Tindakan pantas Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berjaya mematahkan 24 kes menceroboh hutan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), JPNP Nor Azirim Ahmad berkata, dalam tempoh berkenaan juga terdapat empat kes cubaan memindahkan balak dan kayu gergaji serta satu kes perlombongan emas berjaya dipatahkan.

“Kuantan merekodkan kes pencerobohan hutan tertinggi sebanyak 24 kes diikuti Lipis (6), Bentong (4), Jerantut (3), Temerloh (2) dan masing-masing satu di Raub dan Rompin.

“Kita tidak akan berkompromi dengan pihak yang bertindak menceroboh hutan simpan di negeri ini, mereka bersalah didakwa dibawah Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pelbagai cara dan helah digunakan pihak terbabit untuk mengaburi pihak berkuasa tetapi cubaan mereka tidak berjaya malah pihaknya juga mengesan dalang yang terbabit.

Dalam pada itu, Nor Azirim berkata, pihaknya akan terus melakukan aktiviti penguatkuasaan selain bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam melaksanakan aktiviti sekatan jalan raya.

“Bagi kes tertentu pemantauan dari udara menggunakan helikopter turut dilakukan selain penggunaan dron, malah apabila terdapat kesan pencerobohan anggota Unit Penguakuasa dan Unit Tindakan Khas akan segera bertindak membuat serbuan,” ujarnya. – K! ONLINE

POPULAR