fbpx

Celtic, Rangers dicadang sertai BSL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANGERS yang dibimbing Gerrard berjaya muncul juara Liga Scotland musim ini sekali gus menamatkan penguasaan Celtic. – AFP

LONDON – Liga Perdana Inggeris (EPL) dilaporkan mahu dua gergasi Scotland, Celtic dan Rangers menyertai saingan Liga Super British (BSL) sebagai salah satu langkah perubahan susulan kegagalan penubuhan Liga Super Eropah (ESL) baru-baru ini.

Idea baharu penganjuran Liga Super Britih itu dikatakan akan mendapat sokongan penuh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan kerajaan United Kingdom.

“Semua mengharapkan ada perubahan kepada saingan EPL sama ada ESL dianjurkan ataupun tidak. Sudah tiba masa peluang diberikan kepada Rangers dan Celtic kerana ia tentunya diterima oleh semua orang,” me­nurut sumber kepada The Sun.

Antara cadangan lain adalah playoff hujung musim antara kelompok empat teratas dan pengurangan kepada 18 pasukan daripada jumlah asal 20 ketika ini untuk saingan liga.

“Kami sentiasa menganggap 18 pasukan adalah satu-satu­nya langkah paling sesuai. FIFA, UEFA dan Persatuan Kelab Eropah (ECA) juga sudah lama meminta perkara ini dipertimbangkan secara serius,” kata Ketua Eksekutif EPL, Richard Masters.

Cadangan penubuhan Liga Super British dilihat lebih re­levan berbandingan penganjuran ESL yang hanya melibatkan pasukan-pasukan tertentu sehingga mendapat kecaman hebat daripada semua penggiat bola sepak di serata dunia.

Kemasukan Celtic dan Ra­ngers akan membuka peluang buat pasukan-pasukan Scotland yang lain untuk memena­ngi saingan Liga Scotland buat kali pertama sejak dilakukan Sir Alex Ferguson bersama Aberdeen pada 1985.

Sebagai rekod, Rangers yang dikendalikan legenda Liverpool, Steven Gerrard muncul juara saingan Liga Scotland musim ini sekali gus menamatkan dominasi Celtic yang memenanginya sembilan edisi berturut-turut sejak 2012. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI