fbpx

Penganggur tidak sempat jual mercun bernilai RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mercun dan bunga api yang dirampas di sebuah rumah di Taman Desa Damai di Bentong semalam.

BENTONG – Seorang lelaki tidak sempat mengaut keuntungan hasil jualan mercun selepas dia ditahan pihak polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Damai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu polis turut merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM50,000.

“Ketika serbuan terdapat seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang merupakan penganggur mengakui menghuni rumah berkenaan.

“Dengan disaksikan oleh suspek pihak polis melakukan pemeriksaan di ruang tamu dan rumah menemukan pelbagai jenis mercun dan bunga api,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki bahan letupan tanpa sebarang lesen sah yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek baru sahaja memiliki kesemua jenis mercun dan bunga api itu yang disimpan di rumah sewanya sebelum dijual.

Beliau memberitahu, siasatan akan diteruskan untuk mengenalpasti dari mana mercun dan bunga api tersebut diperolehi.

“Polis mengingatkan kepada mana-mana pihak supaya tidak menjual atau bermain mercun tanpa permit termasuk yang diubahsuai kerana perbuatan itu merbahaya selain menyalahi undang-undang.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjualan mercun segera membuat aduan di balai polis berdekatan,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI