fbpx

BAT Malaysia sambut baik usaha kerajaan atasi pasaran gelap tembakau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – British American Tobacco (Malaysia) Berhad (BAT Malaysia) menyambut baik langkah kerajaan dalam Belanjawan 2021 untuk mengatasi masalah pasaran gelap tembakau.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Jonathan Reed berkata, langkah itu menandakan satu permulaan yang baik bagi tahun ini dan berharap kerajaan dapat mengekalkan tumpuan terhadap usaha tersebut bagi menampung kos pemulihan ekonomi.

Beliau berkata, walaupun sudah menghampiri separuh kedua tahun 2021, masalah pasaran gelap tembakau masih lagi belum diselesaikan.

“Kami meramalkan tahap penularan rokok seludup di Malaysia kekal di paras yang tinggi kerana ramai pengguna menghadapi tekanan kewangan akibat pandemik dan tidak mampu membeli rokok sah.

“Walaupun rokok akan terus menjadi teras utama perniagaan kami, namun BAT Malaysia sedang berusaha menjana hasil yang lebih besar daripada produk selain daripada rokok bagi mengurangkan kesan serta risiko kepada perniagaan kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai prestasi kewangan bagi tahun 2020, Reed berkata, syarikat itu mencatatkan keuntungan operasi berjumlah RM346 juta iaitu kemerosotan kira-kira 27.6 peratus (RM132 juta) berbanding tahun sebelumnya iaitu berjumlah RM478 juta.

Beliau berkata, hasil syarikat juga berkurangan sebanyak 7.7 peratus (RM193 juta) berbanding tempoh yang sama tahun lepas disebabkan penyusutan pasaran sah dan juga peralihan turun produk.

“Perbelanjaan operasi adalah lebih tinggi iaitu 2.6 peratus (RM7 juta) ekoran pelaburan strategik yang telah dilaksanakan oleh BAT Malaysia untuk menyokong portfolio yang semakin besar dan kempen ‘Hentikan Pasaran Gelap’ serta kos pembelian peralatan perlindungan diri dan sanitasi akibat pandemik Covid-19,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI