fbpx

Platform khas aduan jalan berlubang MBI berkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAIZI Baharin mengimbas kod QR aplikasi khas untuk aduan jalan rosak kepada MBI pada majlis pelancaran di Ipoh pada Januari lalu.

IPOH – Sebanyak 2,744 aduan berhubung jalan berlubang diterima Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sejak Januari lalu daripada orang awam menggunakan aplikasi WhatsApp 24 jam melalui nombor 017-4122113 atau QR Code yang dibangunkan sendiri oleh MBI untuk kemudahan warga kota.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 2,349 kes atau sebanyak 85.6 peratus telah diselesaikan dalam masa yang ditetapkan sekali gus membuktikan keberkesan saluran aduan berkenaan yang bersifat dua hala.

Penolong Pengarah Kejuruteraan (Jalan) MBI, Izdihar Niszar Syafiq Sarlan berkata, aplikasi aduan tersebut merupakan inisiatif khas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin yang mahu pendekatan inovatif disediakan bagi menyelesaikan isu perbandaran termasuklah jalan berlubang.

Menurut beliau, ini kerana aduan yang disampaikan warga kota Ipoh itu beserta lokasi diterima terus oleh pihak Jabatan Kejuruteraan (Jalan) MBI sebelum dilakukan tinjauan bagi mengenalpasti kerosakan untuk dibaiki segera.

“Pothole atau jalan berlubang adalah lubang yang terdapat pada permukaan jalan yang terjadi atas pelbagai sebab yang kita tak pasti, tapi ia merupakan kerosakan jalan yang perlu dibaiki.

“Justeru, saluran aduan ini bertujuan untuk mengurangkan kes kemalangan yang berpunca daripada jalan berlubang tersebut dan MBI sangat prihatin dengan masalah ini,” katanya pada sesi MBI dan Anda Siri 2 dengan topik Penyelenggaraan Jalan yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook MBI pagi tadi.

Mengulas lanjut kata Izdihar Niszar Syafiq, terdapat tiga jenis kerosakan jalan yang sering berlaku iaitu mendapan, rekahan dan kerosakan struktur.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI