fbpx

Azlan sayu, hanya tengok detik terakhir bapa dalam video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZLAN TYPEWRITERS

PETALING JAYA – Selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat dijangkiti virus Covid-19, bapa penyanyi Azlan Typewriters, Sallehuddin Che Ani, 68, akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor tepat pukul 4.25 petang semalam.

Allahyarham yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang meninggal dunia kerana pelbagai komplikasi selepas tiga minggu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.

Meskipun reda dengan pemergiaan bapa tercinta, Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle Sallehudin, 39, tetap berasa sayu apabila tidak dapat berada di sisi arwah bapanya. Sebaliknya, hanya dapat menonton detik terakhir arwah bapa menerusi sidang video.

“Disebabkan arwah bapa meninggal dunia kerana Covid-19, pihak hospital yang menguruskan jenazah sepenuhnya. Saya bersama adik-beradik hanya dapat melihat detik terakhir arwah menerusi sidang video.

“Memang saya reda dan sudah sedia daripada segi mental kerana doktor telah beritahu awal-awal. Cuma apabila melihat bapa menghembuskan nafas terakhir menerusi video, saya berasa sayu.

“Sedih tidak dapat menguruskan jenazahnya, tetapi saya akur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak hospital,” katanya.

Sungguhpun begitu, sebagai anak Azlan tetap berpeluang menumpahkan bakti terakhirnya apabila berpeluang menunaikan solat jenazah bapanya.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Kosmo! semalam melaporkan Azlan reda apabila doktor memaklumkan keadaan bapanya kritikal dan tidak dapat diselamatkan selepas dijangkiti Covid-19. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI