fbpx

Kes Covid-19 hampiri 3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes harian negara hari ini hampir mencecah angka 3,000 selepas 2,875 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 384,688 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,846 kes merupakan penularan tempatan, manakala sebanyak 29 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan turut meningkat kepada 22,014 kes.

“Selain itu, sebanyak 2,541 kes sembuh hari ini dengan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 361,267 kes.

“Terdapat tujuh kes kematian dengan enam daripadanya warga Malaysia, menjadikan sebanyak 1,407 kes kematian Covid-19 di negara ini,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 248 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 115 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI