fbpx

Peniaga ayam turun harga serendah RM7.70 sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Romani (dua dari kanan) melakukan pemantauan pematuhan harga di bawah SHMPP di Pasar Besar Alor Setar hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Peniaga ayam di Pasar Besar Alor Setar didapati menurunkan harga jualan barangan mentah tersebut daripada RM9.50 sekilogram sejak kira-kira seminggu lalu kepada serendah RM7.70 sekilogram pada hari ini.

Penurunan harga itu susulan penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 yang berkuat kuasa semalam hingga 20 Mei depan.

Pemeriksaan turut mendapati peniaga ikan kembung dan telur turut mematuhi harga maksimum ditetapkan dalam skim tersebut.

Bagaimanapun, terdapat segelintir peniaga yang didapati sengaja meletakkan tanda harga melebihi harga kawalan dalam skim berkenaan bagi jualan daging tempatan iaitu RM37 sekilogram berbanding maksimum RM34 sekilogram.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia serta Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah, Romani Wan Salin memberitahu, penguatkuasaan SHMMP di Kedah melibatkan 10 barangan iaitu ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, telur ayam gred B dan telur ayam gred C.

“Empat lagi barangan ialah daging lembu tempatan, daging kerbau import, ikan kembung dan ikan selayang,” katanya selepas melakukan pemantauan SHMPP di Pasar Besar Alor Setar di sini hari ini.

Kata beliau, tinjauan mendapati rata-rata peniaga mematuhi harga maksimum seperti ditetapkan SHMPP, malah ada yang menjual pada harga lebih murah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI