fbpx

Kalimah Allah khusus bagi agama, umat Islam – MAINS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL Aziz Sheikh Abdul Kadir dalam sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama MAINS Bersama Media dekat Port Dickson, semalam. - Foto oleh MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE

PORT DICKSON – Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memberi penegasan bahawa kalimah Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam seperti Fatwa Negeri Sembilan yang telah diwartakan pada 14 September 2016.

Pengerusi MAINS, Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir berkata, menerusi fatwa itu juga memutuskan, kalimah Allah tidak boleh digunakan atau dikaitkan dengan agama-agama bukan Islam.

Jelas beliau lagi, di Negeri Sembilan juga telah mempunyai undang-undang mengenai isu penggunaan kalimah Allah yang telah digubal berasaskan peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, undang-undang tersebut ialah Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam) (Negeri Sembilan) 1991 (Enakmen No.9/1991) yang telah diluluskan di Negeri Sembilan dan mula berkuat kuasa pada 5 April 2007.

“Enakmen ini menyenaraikan sebanyak 36 perkataan-perkataan yang dilarang dan tidak boleh dikaitkan dengan agama bukan islam di dalam Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1 dan ia termasuklah penggunaan kalimah Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa MAINS Bersama Media dekat sini semalam.

Menurut Abdul Aziz, fatwa berkenaan juga meletakkan kewajipan kepada umat Islam di Negeri Sembilan melindungi kalimah Allah dengan cara yang terbaik.

Jelas beliau, sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut maka tindakan perlulah diambil mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

“Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan perpaduan rakyat di Negeri Sembilan dan memelihara sensitiviti setiap rakyat dan agama, MAINS menyeru agar rakyat bukan Islam di Negeri Sembilan akur dan patuh kepada undang-undang sedia ada.

“Bagi rakyat yang beragama Islam hendaklah juga mematuhi fatwa yang telah diwartakan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI