fbpx

AMBT pupuk pelajar UiTM benci rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibrahim (tengah) menyaksikan Roziah (kiri) dan Rosli menandatangani LOI di UiTM Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Akademi Muda Berintegriti Tinggi (AMBT) bakal diwujudkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam memupuk kesedaran kalangan pelajar membenci rasuah.

Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, langkah itu bagi mengelakkan berlakunya sebarang unsur berkaitan dengan pentadbir universiti perlu menjalankan tugas dengan amanah dan berintegriti.

Katanya, berdasarkan kaji selidik oleh sebuah badan terhadap pelajar beberapa universiti di negara ini sebelum ini mendapati 65 peratus responden menyatakan mereka boleh menerima gejala rasuah di negara ini.

“Ini tidak seharusnya berlaku kerana pelajar universiti adalah pemimpin masa hadapan negara dan tanggapan sebegini perlu segera dibuang.

“UiTM khususnya mengambil serius isu gejala rasuah, salah guna kuasa dan wang sekiranya membabitkan pihak pentadbir dan pelajarnya,” katanya ketika berucap melancarkan kempen kesedaran salah guna kuasa dan antirasuah peringkat UiTM di UiTM Shah Alam, di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Ibrahim menyaksikan tandatangan surat niat (LOI) di antara Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa yang menjalankan tugas Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor dengan Pengarah Eksekutif Yayasan Minda, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan.

Ibrahim memberitahu, pihaknya juga menyokong penuh saranan kerajaan untuk memperkenalkan Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) sebagai subjek elektif dan sedang menjalankan semakan berhubung perkara ini.

“Saya mahu UiTM menjadi universiti contoh kepada universiti lain dari segi integriti serta akauntabiliti,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, aduan berhubung wujudnya rasuah atau salah guna boleh dilaporkan kepada Unit Integriti UiTM.

“Sekiranya mereka melihat unit tersebut tidak menjalankan siasatan terhadap laporan yang diberikan, mereka boleh membuat aduan terus kepada saya,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI