fbpx

230 individu ditahan ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

PETALING JAYA – Seramai 230 individu ditahan atas kesalahan mengingkari  operasi standard (SOP) dan daripada jumlah itu 228 individu dikenakan kompaun manakala dua lagi direman semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri serta mendaftar premis (77), aktiviti pusat hiburan (31), tiada penjarakan fizikal (14) dan gagal menyediakan peralatan merekod pelanggan (2) dan kes lain-lain (54).

“Kawalan Sempadan Negara Operasi Benteng (Op Benteng) turut menangkap lapan pendatang asing tanpa izin dan merampas empat buah kenderaan darat semalam.

“Sebanyak 180 buah bot dan kapal turut dikesan di perairan negara melalui empat aktiviti pemantauan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, Op Benteng melibatkan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia serta agensi keselamatan lain turut menjalankan 268 Sekatan Jalan Raya semalam.

Dalam pada itu beliau berkata, sejumlah 90 Operasi Sanitasi Awam semalam meliputi 27 zon merah, zon jingga (6), zon kuning (10) dan zon hijau (3) di seluruh negara.

Operasi tersebut melibatkan 452 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 102 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 91 buah jentera JBPM.

“Secara kumulatifnya, sebanyak 21,493 operasi sanitasi yang merangkumi 155 zon telah dilakukan sejak 30 Mac 2020.

“Operasi sanitasi melibatkan pusat perniagaan, kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), tempat awam, pasar raya dan bangunan kerajaan,” jelasnya.

Tambah Ismail, seramai 686 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa semalam telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara

“Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 180,910 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua mereka ditempatkan di 74 hotel dan sembilan Institut Latihan Awam serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,447 individu telah dikuarantin dan 171,967 orang dibenarkan pulang manakala 1,496 lagi dibawa ke hospital,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI