fbpx

Sara Ali Khan bercuti sakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARA ALI KHAN

SELEPAS menghabiskan masa selama seminggu di kawasan pergunungan salji di Gulmarg, India, baru-baru ini pelakon Sara Ali Khan meneruskan percutiannya dengan menikmati keindahan pantai di pulau Maldives.

Pada Sabtu lalu, pelakon itu dilihat pula berada di Lapangan Terbang Antarabangsa bersama ibunya serta pelakon, Amrita Singh untuk berlepas ke pulau peranginan tersebut.

Dalam Instagramnya, pelakon filem Simmba itu berkongsi pemandangan indah suasana di Maldives menerusi InstaStory.

“Saya penggemar cahaya matahari,” ujarnya.

Selain Sara, beberapa selebriti terkenal Bollywood seperti Shraddha Kapoor, Janhvi Kapoor, Madhuri Dixit dan Dia Mirza juga berkongsi percutian mereka di pulau Maldives walaupun ketika seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI