fbpx

Tiga kenderaan rosak dilanggar lori mengundur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan sebuah lori yang secara tiba-tiba mengundur sebelum melanggar tiga buah kenderaan di sebuah stesen minyak di Prima Saujana, Kajang kelmarin.

KAJANG – Akibat kecuaian pemandu gagal menarik brek tangan dengan cermat, tiga buah kenderaan lain rosak apabila sebuah lori secara tiba-tiba mengundur dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Prima Saujana di sini kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi menyebabkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi, Toyata Rush dan sebuah lagi lori jenis Isuzu rosak di beberapa bahagian ketika berada di kawasan tempat letak kereta.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ketika kejadian lori jenis Hino telah diparkir di tempat mengisi diesel di kawasan stesen minyak berkenaan.

Bagaimanapun katanya, lori berkenaan secara tiba-tiba mengundur sendiri akibat masalah brek angin ketika pemandunya sedang membuat pembayaran di kaunter.

“Disebabkan kawasan parkir itu menuruni bukit, lori berkenaan telah berundur sendiri dengan laju dan melanggar tiga buah kenderaan yang di parkir di kawasan stesen minyak Prima Saujana.

“Semasa kejadian kesemua kenderaan tiada pemandu atau penumpang di dalam dan kemalangan itu tidak melibatkan kecederaan kepada pihak lain,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, pihaknya telah mengeluarkan saman kepada pemandu lori berkenaan kerana kesalahan tidak tarik handbrek dengan kemas dan kes disiasat dibawah Rule / Kaedah 14(1)(B) LN166/59.

Terdahulu, tular video yang memaparkan kejadian sebuah lori mengundur secara tiba-tiba di sebuah stesen minyak di Prima Suajana Kajang semalam.

Video berdurasi satu minit 18 saat itu memaparkan sebuah lori jenis tipper tiba-tiba mengundur dan melanggar beberapa buah kenderaan lain yang berada di kawasan tempat letak kereta. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI