fbpx

Tauke Musang King lebur RM178,132

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang peniaga durian Musang King di Raub kerugian RM178,132 selepas diperdaya gadis bernama Qian Qian dalam urusan pelaburan melalui Internet.

Kejadian bermula sejurus episod perkenalan melalui aplikasi WhatsApp antara pemuda berusia 28 tahun itu dengan suspek tersebut pada 19 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, Qian Qian lantas mempelawa lelaki itu menyertai sejenis skim pelaburan selepas beberapa hari kemudian.

“Untuk membuat pelaburan ini, mangsa diminta melayari pautan h5.amgm88.com dan mendepositkan sebanyak RM500 kepada akaun yang diberikan.

“Pada permulaannya, mangsa menerima keuntungan RM807 dan akhirnya berminat meneruskan pelaburan kerana mempercayai Qian Qian,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, Qian Qian kemudiannya meminta mangsa melabur RM20,000 dan berjanji akan menguruskan semua pelaburan tersebut.

“Setelah perbincangan dibuat pada 22 hingga 30 Mac lalu, mangsa memasukkan wang RM178,132 ke dalam empat akaun bank berbeza melibatkan 17 transaksi.

“(Selepas beberapa hari) mangsa ingin mengeluarkan wang keuntungan yang terkumpul berjumlah RM218,715 tetapi tidak berjaya,” katanya.

Mohd. Wazir berkata, mangsa telah dihubungi pusat khidmat pelanggan dan diminta membayar 50 peratus daripada amaun keuntungan untuk membolehkan wang untung itu dapat dikeluarkan.

Katanya, mangsa yang berasa curiga terhadap pelaburan tersebut kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Ruan, Raub dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI