fbpx

LZS serah sumbangan zakat bernilai RM255,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Jawatankuasa Perubatan LSZ, Datuk Dr. Muzafar Shah Tunku Jaafar (tengah) menyampaikan replika cek bernilai RM60,000 kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Indera Dr. Sha'ari Ngadiman (tiga kiri) pada Majlis Serahan Dana Hospital Mesra Ibadah dan Pelancaran Bakul Qaseh Ramadan di Hospital Selayang di sini hari ini.

SELAYANG – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan sumbangan zakat berjumlah RM255,000 kepada enam buah hospital dan lima buah pusat jagaan warga emas.

Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, Abdul Basith Hamid berkata, kesemua hospital tersebut menerima RM10,000 setiap satu.

“Antara hospital yang terlibat ialah, Hospital Selayang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Ampang, Hospital Shah Alam, Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh.

“Sumbangan ini bertujuan bagi menjalankan aktiviti seperti latihan ibadah kepada pesakit, waris dan jururawat, kaunseling kepada pesakit serta lain-lain aktiviti keagamaan di bawah program Hospital Mesra Ibadah,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Serahan Dana Hospital Mesra Ibadah dan Pelancaran Bakul Qaseh Ramadan di Hospital Selayang di sini hari ini.

Tambah beliau, lima buah pusat jagaan warga emas menerima sumbangan zakat dalam bentuk geran.

Pada masa sama, LZS turut melancarkan program Bakul Qaseh Ramadan dengan mengagihkan sebanyak 1,000 pek makanan juadah berbuka puasa setiap satu kepada Hospital Selayang, Hospital Serdang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI