fbpx

Along Eyzendy, isteri selamat dibedah pagi semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Along Eyzendy (kanan) bersama isteri dan anak-anak mereka.

PETALING JAYA – Pelakon, Mohd. Eyzendy Mohd. Aziz, 42, atau lebih dikenali sebagai Along Eyzendy bersama isterinya, Hamidah Mohd. Yatim, 36, selamat menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang semalam.

Perkara itu dikongsi oleh kenalan rapat kedua-dua pasangan suami isteri tersebut di laman Facebook kira-kira pukul 3 petang semalam.

“Alhamdulillah, syukur. Status terkini Along Eyzendy, beliau stabil dan buah pinggang baru berfungsi dengan baik dan sesuai.

“Syukur. Beliau akan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sementara untuk dipantau oleh doktor,” katanya.

Terdahulu, kedua-dua pasangan itu menjalani pemindahan buah pinggang awal pagi semalam selepas Along Eyzendy yang disahkan mengalami masalah buah pinggang rosak menerima buah pinggang baharu yang didermakan oleh isterinya sendiri.

Pasangan itu melakukan pemindahan buah pinggang di Hospital Selayang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI