fbpx

Nama memanas, Seo Yeji elak jumpa media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEO YEJI

PELAKON Seo Yeji sepatutnya menghadiri sebuah sidang akhbar drama terbaharunya berjudul Recalled yang diadakan di Lotte Cinema berdekatan Universiti Konkuk, Seoul pada 13 April lalu.

Bagaimanapun, Seo Yeji tiba-tiba membiarkan hanya drama tersebut, Kim Kang-woo yang hadir.

Menurut sumber, aktres telah mendesak supaya petugas produksi tidak melayan sebarang soalan daripada media berhubung kontroversi melibatkan namanya dengan aktor Kim Jung-hyun.

Permintaannya bagaimanapun ditolak memandangkan pihak produksi sukar untuk menapis setiap soalan daripada ramai wartawan, sekali gus membuatkan Seo Yeji membatalkan kemunculannya pada saat akhir.

Sejak beberapa hari lalu, nama Yeji memanas apabila dikatakan menjadi punca sikap biadab dan layanan dingin Jung-hyun terhadap pasangannya dalam drama Time iaitu Seohyun.

Drama yang menjalani penggambaran tiga tahun lalu tersebut tiba-tiba menjadi bualan hangat netizen selepas munculnya dakwaan bahawa Jung-hyun bersikap biadab terhadap Seohyun selain banyak mengelak daripada melakukan babak bersentuhan.

Portal Dispatch dalam satu laporan eksklusif beberapa hari lalu mendedahkan, Yeji menjadi dalang kepada kelakuan Jung-hyun.

Satu rakaman perbualan Yeji dan Jung-hyun yang ketika itu sedang asyik bercinta turut tersebar. Yeji dikatakan melarang aktor itu menjayakan babak romantis ketika di lokasi penggambaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI