fbpx

Kaji semula kebenaran buka bazar Ramadan – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Majlis Keselamatan Negara (MKN) diminta untuk meneliti kembali kelonggaran yang diberikan terutamanya kebenaran bazar Ramadan susulan pengesanan 17 kes positif Covid-19 membabitkan varian South African B.1.351.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, varian berkenaan dikenalpasti sebagai varian yang mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi dan sesetengah vaksin juga dilihat kurang efektif ke atas varian berkenaan.

Khairy Jamaluddin

Menurutnya yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, minggu lalu gelombang ketiga sudah dapat dikurangkan, namun jumlah berkenaan kembali meningkat sejak beberapa hari lalu.

“MKN perlu berbincang kembali sama ada untuk teruskan kelonggaran yang telah kita beri. Kita tak salahkan orang ramai sebab orang ramai memang nak pergi bazar Ramadan… tapi agak sukar untuk penjarakan sosial.

“Tak kira apa jua penguatkuasaan yang ada di situ, akhirnya akan berada dalam keadaan berdekatan dengan orang lain… sama ada (MKN) teruskan atau tak teruskan (bazar Ramadan)… MKN perlu melihat serius perkara ini,” katanya kepada pemberita sempena Lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kerajaan Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), di sini, tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI