fbpx

Empat suspek pukul pengawal peribadi dipohon reman hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kes memukul dua lelaki dipercayai pengawal peribadi di sebuah rumah di Bukit Tinggi di sini akan dipohon reman pagi nanti di Mahkamah Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mereka ditahan susulan laporan polis diterima pihaknya pada pukul 4.16 petang, semalam.

Katanya, berdasarkan laporan polis itu kedua-dua lelaki telah dipukul secara bergilir di bahagian belakang badan dengan menggunakan sebatang rotan oleh majikannya dan seorang lagi pekerja.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku semasa lelaki tersebut berada di rumah majikannya di Bukit Tinggi, Klang.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada majikan memarahi mangsa kerana berpuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Amar menambah, majikan mangsa juga telah mengambil sepucuk pistol yang berada di pinggang salah seorang daripada dua lelaki tersebut sebelum mengacukan ke arahnya dan mengeluarkan ugutan yang menghina agama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324, Seksyen 506 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan kes itu tidak melibatkan sebarang isu perkauman.

“Masyarakat atau mana-mana individu dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman sehingga menjejaskan keharmonian kaum.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang bertindak di luar batasan undang-undang,” jelasnya.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan seorang lelaki yang juga majikan kepada dua pengawal peribadi sanggup menampar kepala termasuk mengacukan sepucuk pistol dan membuat ugutan bunuh kerana tidak suka kedua-dua lelaki berkenaan berpuasa.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI