fbpx

Empat kluster baharu Kelantan tercetus di pusat pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Empat daripada lima kluster baharu kes Covid-19 di Kelantan hari ini dikesan tercetus di pusat pendidikan di empat daerah berbeza.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dalam satu kenyataan berkata, empat kluster itu adalah Kluster Kampung Bunut Sarang Burung di Tumpat, Kluster Kampung Domis (Tanah Merah), Kluster Kampung Labok (Machang) dan Kluster Kok Lanas (Kota Bharu.

Menurutnya, satu lagi kluster iaitu Kluster Kampung Bechah Semak di Pasir Mas tercetus dalam kalangan komuniti di kampung itu.

“Bagi Kluster Bunut Sarang Burung, ia melibatkan 50 kes positif Covid-19 dalam kalangan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Kampung Bunut Sarang Burung.

“Kluster Kampung Domis turut melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di kampung itu. Setakat ini, seramai 152 individu telah disaring dan 40 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, seramai sembilan orang dikesan positif Covid-19 daripada 96 individu yang menjalani ujian saringan bersasar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Kampung Joh sehingga tercetusnya Kluster Kampung Labok.

Katanya, bagi Kluster Kok Lanas, ia melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Kok Lanas.

“Setakat hari ini, seramai 56 individu telah disaring dan 31 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster itu.

“Bagi Kluster Kampung Bechah Semak, kes dipercayai menular dalam kalangan komuniti di kampung itu dengan 36 kes dikesan positif Covid-19 daripada 111 individu yang telah disaring,” katanya.

Tambah kenyataan itu, kelima-lima kluster itu melibatkan daerah Tumpat, Kota Bharu, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.

Berdasarkan rekod, Kelantan mencatatkan sebanyak 221 kes positif Covid-19 hari ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 7,727 kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI