fbpx

Youn Yuh-jung menang trofi BAFTA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOUN YUH-JUNG

AKTRES veteran Youn Yuh-jung melakar sejarah apabila menjadi seorang daripada penjulang trofi majlis anugerah British Academy of Film and Television Arts Films Awards (BAFTA), 11 April lalu.

Yuh-jung memenangi trofi Pelakon Wanita Pembantu Terbaik menerusi filem Minari, sekali gus menjadi artis Korea Selatan pertama yang diiktiraf untuk anugerah tersebut.

Selain melakar rekod tersendiri, ucapan pelakon berusia 73 tahun itu menjadi tular dalam media sosial. Yuh-jung mengakui sangat terkejut kerana trofi tersebut diterima daripada orang British yang digelar snobbish (golongan yang sering berasakan mereka lebih baik daripada orang lain.)

“Setiap anugerah sangat bermakna, tetapi ini sangat istimewa kerana bakat saya dihargai oleh orang British yang snobbish,” ujarnya disambut tawa ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI