fbpx

SkyGlass terima 100 tempahan hingga Jun tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Skyglass Empire Sdn. Bhd. (SkyGlass) yang ­menguruskan kemudahan dewan acara di Menara 6, Sky Park di sini melancarkan kelab keah­lian istimewa untuk pe­langgan dengan bayaran yuran pengaktifan RM100 setahun.

Pengarahnya, Intan Hyriatee Zawai berkata, ia terbuka kepada semua pelanggan SkyGlass de­ngan tawaran pelbagai manfaat termasuk diskaun 10 peratus daripada jumlah keseluruhan bil buat ahli yang ingin menyewa dewan tersebut.

“Ia turut meliputi penganjuran acara berskala kecil seperti majlis sambutan hari lahir atau jamuan makan keluarga.

“Ahli juga berpeluang mendapat rebat RM1,000 bagi setiap pakej perkahwinan yang dipilih selain jemputan makan malam untuk dua orang secara percuma pada ulang tahun kelahiran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Kosmo! pada majlis pelancaran Bufet Ramadan SkyGlass di sini baru-baru ini.

Keahlian kelab tersebut terbuka kepada semua pelanggan SkyGlass tanpa kadar perbelanjaan minimum iaitu mereka perlu membayar yuran keahlian tahunan sebanyak RM100 sahaja.

Manfaat yang ditawarkan sah digunakan seumur hidup selagi ahli membayar yuran pengaktifan yang ditetapkan setiap tahun.

Beliau berkata, ahli boleh menikmati kelebihan yang ditawarkan serta-merta selepas pendaftaran dibuat.

Intan Hyriatee berkata, SkyGlass yang berada di kedudukan strategik, menghadap Cyberjaya, Putrajaya dan bandar raya Kuala Lumpur telah menerima hampir 100 tempahan sehingga Jun tahun depan.

Beliau menjangka lebih 50 pe­ratus daripada pelanggan tersebut akan mendaftar sebagai ahli kelab sekali gus menjadi pelanggan berulang SkyGlass.

Tambahnya, dewan acara yang baru beroperasi sepenuh­nya awal tahun ini menawarkan pemandangan bertabirkan din­ding kaca di atas puncak bumbung bangunan 22 tingkat dengan sudut pemandangan panorama 360 darjah.

“SkyGlass menonjolkan identiti kemewahan mampu milik dan eksklusif dengan menyasarkan golongan pertengahan selain kelompok kelas atasan.

“Lokasinya dihubungkan de­ngan beberapa lebuh raya utama seperti Lebuh Raya Maju (MEX) Kuala Lumpur ke Putrajaya dan Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) yang mudah diakses dari pelbagai arah,” katanya.

Beliau berkata, musim pandemik mempengaruhi operasi SkyGlass namun pihaknya optimis keadaan akan menjadi lebih baik sejajar program suntikan vaksin Covid-19 yang dilancarkan.

“Namun, jika dilihat dari sudut positif, perintah kawalan pergerakan akibat pandemik tahun lalu telah memberi kami lebih banyak masa untuk meneliti hala tuju dan konsep perniagaan ini,” ujar beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI