fbpx

Perebutan kejuaraan La Liga makin rancak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CARRASCO (kiri) menjaringkan gol tunggal Atletico sewaktu seri dengan Betis awal pagi semalam. – AFP

SEVILLE – Atletico Madrid kembali menerajui saingan La Liga meskipun sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Real Betis pada aksi di Stadium Benito Villamarin awal pagi semalam.

Turun tanpa kelibat penye­rang berbisa, Luis Suarez yang belum pulih daripada kecede­raan, Atletico masih mampu menjaringkan gol seawal minit kelima menerusi Yannick Carrasco.

Bagaimanapun, Betis tidak menunggu lama apabila hanya memerlukan 15 minit untuk kembali menyamakan kedudukan menerusi pemain sayap, Cristian Tello.

Ketua jurulatih Atletico, Diego Simeone menggesa para pemainnya agar bertahan bagi memastikan mereka menjulang kejuaraan La Liga musim ini.

“Kami bergelut pada separuh masa kedua tetapi Atletico memiliki pemain-pemain yang sedia memberikan segala-galanya dalam setiap perlawanan.

“Saya harap semua pemain bertahan kerana itulah perkataan paling sesuai menggambarkan situasi sekarang. Kami sudah semakin hampir menuju penghujung saingan,” ujar pengendali dari Argentina itu.

Dalam masa sama, Simeone turut meluahkan kebimbangannya terhadap situasi dua pemain utamanya, Joao Felix dan Kieran Trippier yang mengalami kece­deraan ketika ini.

Sebagai rekod, Atletico cuma berkelebihan satu mata dengan juara bertahan yang menghuni tangga kedua, Real Madrid dan dua mata mengatasi satu lagi pasukan pilihan, Barcelona di tempat ketiga dalam saingan yang berbaki lapan perlawanan sahaja lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI