fbpx

Lelaki mahu rentas negeri disyaki pengedar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanyan (tengah) menunjukkan sebahagian dadah dan barangan lain yang dirampas daripada seorang lelaki mahu merentas negeri di R&R Perasing, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Helah seorang lelaki mahu merentas negeri kononnya mahu membantu rakannya yang kehabisan minyak di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) membongkar aktiviti pengedaran dadah disyaki didalanginya semalam.

Pemeriksaan terhadap suspek berusia 29 tahun di sekatan jalan raya (SJR) kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing dekat sini pada pukul 4.50 petang tersebut telah menjumpai ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan pil dipercayai pil kuda.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, lelaki yang berasal dari Taman Tas, Kuantan, Pahang tersebut mendakwa mahu merentas negeri kerana mahu membantu rakannya yang kehabisan petrol sewaktu berhenti untuk pemeriksaan di SJR R&R Perasing.

“Anggota polis mencurigai suspek kerana dia bukan sahaja tidak memiliki surat kebenaran merentas negeri malah botol mengisi petrol juga tidak dijumpai di dalam kereta Perodua Viva dinaikinya.

“Pemeriksaan pada beg sandang yang dipakai lelaki berkenaan telah menemui 140 pil dipercayai pil kuda dan 400 gram ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, sebuah mesin penimbang dan wang tunai berikat yang berjumlah keseluruhan RM10,000 turut dirampas.

Menurut beliau, kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI