fbpx

Lebih 70 tan daging kerbau sejuk beku disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada daging kerbau sejuk beku India yang disita di NBCT di Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan empat kontena berisi lebih 70 tan daging kerbau sejuk beku dari India di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth di sini semalam.

Pengarah Maqis negeri, Noriah Dahlan berkata, rampasan itu dibuat semasa pemeriksaan rutin pihaknya kira-kira pukul 2.20 petang.

“Kesemua konsainan berkenaan didapati tidak mematuhi syarat permit import yang dikeluarkan oleh Maqis iaitu gagal mempamerkan maklumat yang dikehendaki pada syarat permit import yang diluluskan.

“Justeru, daging kerbau sejuk beku seberat 70,650 kilogram bernilai RM614,605.25 itu ditahan bagi tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noriah berkata, kegagalan mematuhi syarat yang ditetapkan pada permit import adalah satu kesalahan dibawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI