fbpx

Eizlan Yusof selamat timang anak keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Eizlan Yusof mendukung bayi perempuan yang dilahirkan oleh isterinya, Natasha (kiri).

PETALING JAYA – Tanggal 1 Ramadan tahun inu cukup bermakna buat pelakon Datuk Eizlan Yusof apabila isterinya, Natasha Rosa Boudville selamat melahirkan anak pertama mereka beberapa jam lalu.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Eizlan, 50, menerusi Instagramnya sebentar tadi.

Eizlan memuat naik sebuah video pendek memperlihatkan gelagatnya mendukung bayi yang dilahirkan isterinya sambil tersenyum bahagia.

Pada ruangan kapsyen, pelakon itu memberitahu bahawa isteri dan bayi perempuan mereka yang digelar Baby ZR berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah Yayang dan Baby ZR berada dalam keadaan baik. Terima kasih atas doa dan ingatan yang baik buat keluarga kami,” tulisnya.

Eizlan juga mendedahkan, baju yang dipakainya dalam video berkenaan akan menjadi kenangan paling berharga buat dirinya kerana dia menyambut kelahiran ketiga-tiga anaknya hasil perkahwinan terdahulu dengan pakaian yang sama.

“Baju ini akan jadi kenangan kerana empat anak saya disambut bersama dengannya,” katanya lagi.

Isteri Eizlan selamat melahirkan bayi sulung hasil perkahwinan mereka di Hospital Umra, Shah Alam.

Perkongsian tersebut dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat yang berkongsi kegembiraan atas kelahiran orang baharu dalam hidup Eizlan dan isteri.

Eizlan dan Natasha mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2019. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI