fbpx

61 projek dirancang tidak dilaksanakan di Maran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (tengah) bersama Ketua Pengarah PLANMalaysia, Dr. Shamsaini Shamsuddin (kiri) dan YDP Majlis Daerah Maran, Sharuddin Jali melawat ruang pameran sempena Sesi Townhall Perancangan Pembangunan Daerah Maran dan Program Malaysia Prihatin di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di Maran.

MARAN – Sebanyak 61 projek yang dirancang bagi memberi manfaat secara langsung kepada penduduk di daerah ini tidak dilaksanakan sehingga tahun lalu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, jumlah itu sangat mengecewakan dan beliau berharap projek terbabit dapat diteruskan dalam tempoh Rancangan Fizikal Negara (RFN) ke-empat yang sedang berjalan ketika ini.

“Saya difahamkan antara punca projek ini tidak diteruskan atau tidak dilaksanakan ialah akibat struktur politik negara ketika itu dan juga selepas kajian susulan dilakukan pihak PLANMalaysia.

“Antara (projek) terlewat dilaksanakan ialah Hospital Maran, namun kerja tanah di tapak hospital itu sudah dimulakan dengan peruntukan sebanyak RM40 juta.

“Begitu juga dengan beberapa projek lain yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan, kita ada kira-kira 20 projek kemudahan rakyat sedang dalam perancangan dan ada yang sudah mula dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar pada Sesi Townhall Perancangan Pembangunan Daerah Maran dan Program Malaysia Prihatin di sini semalam.

Mengulas lanjut mengenai antara tumpuan utama untuk memastikan pembangunan di daerah Maran berjalan serentak dengan daerah lain, beliau yang juga ahli Parlimen Maran berkata, aspek penyediaan fasiliti fizikal seperti kawasan perniagaan baharu, kawasan perindustrian dan akses terhadap pendidikan yang lebih baik perlu diberi keutamaan. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI