fbpx

Tiga PATI baru mendarat dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga PATI Indonesia ditahan dalam Op Benteng di Sungai Penerok, Pontian, di sini pagi semalam.

PONTIAN – Tiga lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas disyaki baru mendarat di negara ini menerusi Op Benteng di Sungai Penerok, di sini awal pagi semalam.

Sekitar pukul 8.45 pagi itu, ketiga-tiga lelaki warga Indonesia yang diberkas itu berusia antara 25 hingga 46 tahun.

Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang berkata, kesemua PATI itu disyaki baru mendarat dan bersembunyi di dalam semak berhampiran ladang kelapa sawit.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek memasuki negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan iaitu dengan menggunakan bot selain memasuki negara ini untuk mencari kerja sempena Ramadan.

“Turut dirampas tiga buah telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai dengan anggaran keseluruhan berjumlah RM2,370,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, suspek bersama barangan rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Pontian bagi tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama dari orang awam untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan PATI ke negara ini.

“Kami akan terus melakukan pemantauan dan rondaan setiap masa bagi memastikan negara ini tidak dibolosi oleh PATI, dalam masa yang sama membantu kerajaan bagi mencegah penularan Covid-19,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI