fbpx

Influencer, selebriti hangatkan MES

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFEE turut menghangatkan penganjuran MES 2021 edisi pertama apabila melakukan penstriman langsung di studio, Petaling Jaya sejak kelmarin.

KEJOHANAN Malaysia Esports Series (MES) 2021 yang mema­suki hari terakhir hari ini dilangsungkan dengan cukup meriah meskipun penganjuran untuk edisi pertama hanya dijalankan secara atas talian.

Bagaimanapun, pihak penganjur tetap berusaha memberikan input menarik buat penonton khususnya peminat e-Sukan tanah air yang melihat menerusi penstriman langsung dengan menjemput beberapa influencer hadir ke studio di Petaling Jaya sejak kelmarin.

Pengerusi Kejohanan MES, Muhd. Aimanulhaq Zaharudin mengakui minggu terakhir kejohanan ini telah dilangsungkan dengan sebaik mungkin dalam usaha menyasarkan jumlah lebih 150 ribu tontonan secara penstriman langsung.

NABILA Razali turut mengesahkan kehadiran untuk memeriahkan kejohanan MES 2021 hari ini.

Kata Aiman, antara strategi penganjur untuk menarik perhatian penonton adalah menjemput beberapa dua influencer e-Sukan popular, Mohamad Zul Hisham (Xorn) dan Firdaus Hashim (MasterRamen) selain penyanyi terkenal, Nabila Razali dan atlet bola speka profesional, Safee Sali.

“Kami telah merancang pelbagai aktiviti menarik sepanjang tiga hari ini dengan menjemput beberapa influencer e-Sukan seperti Xorn dan MasterRamen untuk hadir ke studio kami.

“Malah, atlet profesional se­perti Safee turut hadir memeriahkan penstriman langsung hari ini (semalam), manakala Nabila sudah mengesahkan kehadirannya hari ini.

“Justeru, saya percaya sasaran 150,000 tontonan keseluruhan dapat dicapai kerana kami ba­nyak hadiah menarik untuk diberi kepada penonton bertuah,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Saingan MES kali ini menawarkan hadiah keseluruhan RM100,000 untuk tiga permai­nan video popular iaitu RM20,000 bagi FIFA, RM 40,000 bagi Mobile Legends dan RM 40,000 juga bagi permainan PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBGM).

Sementara itu, Safee percaya industri e-Sukan di Malaysia semakin pesat dan menunjukkan petanda positif terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

“Saya akan sentiasa memberi ruang untuk bantu mempromosikan e-Sukan sebagai salah satu cabang sukan yang boleh dianggap sebagai kerjaya yang positif buat golongan remaja.

“Jujurnya, banyak persamaan e-Sukan dengan sukan tradisional seperti bola sepak kerana kedua-duanya perlukan tumpuan serta kekuatan mental dan fizikal.

“Meskipun kehendak fizikalnya tidak membebankan, tetapi kekuatan otot di bahagian tangan khususnya jari sangat penting dan saya percaya penjagaan makanan serta pemahaman aspek sains sukan juga perlu diberikan perhatian oleh pemain ­e-Sukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI