fbpx

Sabah nafi gaji pemain, pegawai tertunggak tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABAH FC menafikan pengurusan gagal melunaskan gaji tertunggak selama tiga bulan seperti tular di media sosial sejak kelmarin. – FOTO SABAH FC

PASUKAN Sabah FC menafikan bahawa pengurusan gagal melunaskan gaji tertunggak sehingga berlarutan tiga bulan melibatkan pegawai dan pemain skuad The Rhinos seperti tular di media sosial sejak kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Khairul Firdaus Akbar mengakui terdapat isu kelewatan pembayaran gaji, tetapi telah di­selesaikan dan jika ada tertunggak sebelum ini, jumlahnya tidak lebih daripada sebulan.

Kata Khairul Firdaus, dalam tempoh tiga bulan mengambil alih, pihak pengurusan baharu pasukan sentiasa memastikan skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto itu di landasan terbaik.

“Pihak pengurusan tidak pernah mengabaikan masalah yang dihadapi pemain sama ada di luar atau dalam padang sehingga menjejaskan prestasi Sabah dan kami menafikan kenyataan yang tular baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Khairul Firdaus turut menafikan bahawa berlakunya perbuatan boikot dalam kalangan pemain pada sesi latihan sebaliknya pelepasan awal telah diberikan oleh pengurusan untuk berehat sebelum berlepas ke Pulau Pinang untuk aksi Liga Super pada Ahad ini.

“Kita mengesahkan bahawa komunikasi antara pengurusan dan pemain sangat baik. pihak pengurusan yakin selepas ini semuanya akan berjalan de­ngan lancar, sekali gus mengelak masalah ini daripada berulang pada masa depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI