fbpx

Nelayan asing curi gamat di perairan negara ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga nelayan warga Vietnam ditahan ketika menangkap gamat di perairan Kelantan kelmarin. - Foto Ihsan Maritim Malaysia

PASIR PUTEH – Tiga nelayan warga Vietnam tidak sempat menikmati hasil jualan gamat yang dirompak dari perairan negara apabila mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan kelmarin.

Kesemua suspek ditahan dalam Ops Naga Barat dan Ops Damai ketika mereka berada di dalam sebuah bot nelayan kira-kira 57 batu nautika dari kuala Tok Bali di sini.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, kegiatan mereka terbongkar apabila pihaknya melihat sebuah bot nelayan bergerak dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 3.00 petang.

Katanya, bot tersebut cuba lolos dengan melepaskan lingkaran tali ke permukaan air bagi menghalang bot pihak berkuasa berjaya merapat.

“Tekong bot asing itu memecut laju manakala dua awak-awaknya menggantungkan tangguk di bahagian belakang dengan meletakkan besi penghadang di bahagian sisi yang boleh membahayakan bot Maritim Malaysia.

“Bagaimanapun, bot itu akhirnya mengalah selepas hampir 30 minit dikejar oleh Matitim Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhd. Nur Syam Asmawie, pemeriksaan di dalam bot itu, pihaknya telah menahan dua awak-awak dan seorang tekong berusia 30 hingga 38 tahun.

Katanya, siasatan turut mendapati, mereka telah menangkap kira-kira 40 kilogram gamat, diesel dianggarkan 7,000 liter dan peralatan menangguk gamat dianggarkan bernilai RM300,000.

“Semua suspek didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri malah tekong bot juga mempamerkan dokumen kebenaran menangkap ikan di perairan negara.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap hasil laut tanpa kebenaran Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI