fbpx

‘Luruh jantung tengok chalet terbiar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARIZ di hadapan chalet yang terbiar dan dipenuhi sampah di Pantai Cenang, Langkawi semalam.

LANGKAWI – Kegembiraan sebuah keluarga dari Pendang untuk bercuti di Pantai Cenang di sini terbantut apabila chalet yang ditempah dalam aplikasi ca­ri­an pelancongan popular sudah tidak beroperasi dan terbiar.

Fariz Jamil, 25, berkata, dia membuat tempahan tersebut minggu lalu untuk menginap selama tiga hari di chalet berke­naan bermula 6 hingga 8 April.

“Hati saya sudah tidak sedap apabila gagal menghubungi pemilik chalet untuk memaklumkan kami akan lewat mendaftar masuk.

“Apabila sampai di chalet berkenaan macam nak luruh jantung sebab kawasan itu nampak macam sudah lama tidak ber­operasi, penuh sampah sarap dan anjing liar berkeliaran.

“Saya tidak faham jika chalet sudah ditutup kenapa ia masih disenaraikan dalam aplikasi carian. Saya sudah membayar tempahan untuk RM152 bagi penginapan itu. Memanglah tidak seberapa tetapi apa yang berlaku ini menyebabkan percutian kami sekeluarga terbantut,” katanya di sini semalam

Menurutnya, dia dan bersama dua lagi anggota keluarga memi­lih chalet tersebut berdasarkan review menarik dalam aplikasi itu selain ia terletak tidak jauh dari pantai Cenang.

Menurut Fariz, mereka seke­luarga terpaksa mencari hotel lain untuk meneruskan percutian tersebut.

“Takkan nak pulang, jadi terpaksalah tempah hotel lain. Apa yang berlaku ini menyebabkan saya fobia untuk menempah hotel di Langkawi selepas ini.

“Saya berharap pihak berkaitan memantau perkara ini kerana ia boleh merosakkan imej pusat pelancongan di sini.

“Saya juga menasihatkan pelancong supaya menyelidik latar hotel atau chalet berkenaan sebelum membuat tempahan supaya tidak berlaku kejadian se­perti ini,” kata pekerja swasta itu.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berkata, pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pengusaha chalet ber­kenaan.

“Ini mampu merosakkan imej Langkawi yang baru nak pulih dan orang sudah kembali nak bercuti di sini. Jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga.

“Mana-mana pengusaha hotel atau chalet yang tidak beroperasi harus memaklumkan kepada pengendali aplikasi carian pelancongan itu supaya tiada yang membuat tempahan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan dalam aplikasi carian pelancongan po­pular yang berpengkalan di Si­ngapura itu mendapati tempahan untuk chalet berkenaan masih dibuka, malah menawarkan pelbagai diskaun istimewa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI