fbpx

Tiga premis jual barangan tiruan di Kelantan digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anggota penguatkuasa KPDNHEP Kelantan memeriksa kasut tiruan dalam serbuan di sebuah premis di Kota Bharu semalam. Foto : Ihsan KPDNHEP Kelantan

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menggempur tiga buah premis yang didapati menjalankan aktiviti jualan barangan tiruan bernilai RM 47,750 di Kota Bharu dan Pasir Mas semalam.

Serbuan itu dijalankan KPDNHEP Kota Bharu bersama Pasukan Polis Marin, Wilayah 3, Pengkalan Kubor dan wakil pemilik cap dagang bermula pada pukul 9 pagi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, serbuan di dua buah premis di Kota Bharu dan sebuah di Pasir Mas itu dijalankan selepas menerima aduan daripada wakil pemilik cap dagang jenama tersebut sebelum melakukan pemantauan selama seminggu.

Katanya, serbuan pertama dilakukan di Simpang 4,Tendong dekat Pasir Mas yang merupakan premis pencetakan pakaian sebelum merampas sebanyak 260 helai baju-T jenama terkenal dianggarkan bernilai RM 6,500.

“Kita turut menggempur sebuah premis pencetakan pakaian di lokasi Kampung Rupek di sini dan merampas sebanyak 298 helai baju baju-T berjenama terkenal pelbagai warna dan saiz dengan nilai rampasan sebanyak RM 7,450.

“Dalam serbuan terakhir di sebuah premis menjual pakaian di daerah ini, kita telah merampas sebanyak 154 pasang kasut berjenama terkenal nilai rampasan sebanyak RM 33,800,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azanizam Affendi, dalam ketiga-tiga serbuan itu, pihaknya turut menahan tiga lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang mengaku sebagai pekerja premis-premis berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati, premis-premis itu membeli pakaian berjenama terkenal dari luar negara dan mencetaknya semula sebelum menjual secara dalam talian.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 kerana disyaki melakukan kesalahan iaitu mempunyai dalam milikan jagaan dan kawalan bagi maksud perdagangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI