fbpx

ILP Sandakan kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan antara tiga lokasi di daerah itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 10 sehingga 23 April ini.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua lagi kawasan dikenakan PKPD di Sandakan adalah Taman Permata dan Taman Seri Labuk.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan mendadak kes di ketiga-tiga lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

“Pelaksanaan PKPD untuk membolehkan KKM melaksanakan ujian secara bersasar serta menyekat penularan kes,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan turut bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Gayang, Tuaran, Sabah bermula 10 sehingga 23 April ini.

Menurut beliau, KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh seminggu di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

“Pelaksanaan PKPD untuk menyekat penularan jangkitan ke luar lokaliti serta membolehkan KKM melakukan ujian saringan secara bersasar ke atas semua penduduk,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, PKPD di Lokap Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin Jabatan Imigresen Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, Johor ditamatkan esok.

Jelasnya, KKM mengesahkan tiada lagi kes baru dilaporkan di kawasan tersebut dengan kes terakhir direkodkan pada 28 Mac 2021 iaitu sebanyak 51 kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI