fbpx

Dua premis dijadikan stor penyimpanan barang tiruan diserbu KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anatara barangan tiruan yang dirampas KPDNHEP dalam serbuan tersebut.

SEREMBAN – Kegiatan seorang lelaki yang menjadikan premis kediaman dan perniagaanya sebagai stor penyimpanan barang tiruan bernilai RM26,250 untuk tujuan perdagangan terbongkar hasil serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Bandar Enstek di sini semalam.

Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua premis tersebut dimiliki oleh seorang lelaki warga tempatan berumur 40 tahun yang juga merupakan pemilik perniagaan .

“Pemeriksaan lanjut di premis kediaman tersebut telah menemui sebanyak 600 unit barangan iaitu pakaian pelbagai jenama yang disyaki tiruan dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM6,000.

“Serbuan di premis perniagaan pula telah menemui 2,025 unit barangan yang juga pakaian pelbagai jenama dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM20,250,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ain Arjuna, kesemua barangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM26,250 dan barangan berkenaan disita di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap
Dagangan 2019 untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati suspek telah menjalankan perniagaan ini sekitar dua tahun.

“Barangan tersebut dipercayai diperoleh daripada luar negara dan dijual kepada pelanggan melalui platform perniagaan atas talian untuk pasaran dalam negara,” katanya.

Tambah beliau, berdasarkan rekod bagi tahun 2021, sebanyak tiga kes telah dikenakan tindakan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 oleh KPDNHEP Negeri Sembilan dengan nilai rampasan sebanyak RM 53,625. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI