fbpx

Anak Batai Laut ganti pokok ikonik Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainal (dua dari kanan) menyempurnakan acara penanaman pokok Batai Laut di Jalan Tun Khalil Yaakob, di hadapan bangunan The Stadthuys di sini, hari ini.

MELAKA – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) hari ini menyempurnakan acara menanam semula anak pokok jenis Batai Laut bagi menggantikan pokok ikonik Melaka berusia 127 tahun yang tumbang pada 17 Mac lalu.

Datuk Bandar, Datuk Zainal Abu berkata, anak pokok berusia enam tahun itu telah ditanam semula oleh penguat kuasa MBMB dengan kerjasama pakar penjagaan kesihatan pokok (arboris) kelmarin.

Katanya, anak pokok itu dipindahkan dari kawasan di Jalan Tebing Tinggi, Bukit Katil.

“Anak pokok Batai Laut ini berusia enam tahun dengan ketinggian dua meter. Pokok ini akan dijaga oleh syarikat arboris dilantik dengan pemeriksaan kesihatan dilakukan enam bulan sekali,” katanya pada sidang akhbar di hadapan bangunan The Stadthuys di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil kajian awal mendapati, punca sebenar pokok Batai Laut itu tumbang adalah disebabkan kerosakan akar yang mungkin berpunca daripada pembinaan tembok penghadang pokok di sekelilingnya.

“Akar pokok ini bukan akar tunjang, ia jenis menjalar secara berserak. Jadi, bila ada tembok penghadang itu mungkin memberikan halangan kepada akar untuk tumbuh dengan lebih sihat.

“Bagaimanapun, kita masih belum jumpa rekod tarikh tembok itu dibina,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI