fbpx

Lagi bintang Bollywood positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Katrina sah positif Covid-19. - Google

MUMBAI – Seorang lagi bintang Bollywood, Katrina Kaif disahkan positif Covid-19 menerusi pengumuman di laman sosialnya, semalam.

Menurut laporan Indian Express, Katrina kini sedang menjalani proses kuarantin kendiri di rumahnya.

“Saya mengikuti semua protokol kesihatan yang ditetapkan dan sedang menjalani proses kuarantin di rumah.

“Buat sesiapa yang ada kontak rapar dengan saya beberapa hari ini, sila pergi lakukan pemeriksaan kesihatan dan sila jaga diri,” tulis Katrina.

Khabar angin tentang keadaan kesihatan bekas kekasih Salman Khan ini mula diperkatakan selepas teman lelakinya, Vicky Kaushal disahkan positif Covid-19 beberapa hari lepas di set penggambaran filem Bhumi Phandekar.

Sejak kebelakangan ini, nama-nama besar seperti Akshay Kumar dan Aamir Khan turut disahkan positif Covid-19 selepas mula aktif menjalani penggambaran filem di luar negara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI