fbpx

Shahrukh Khan, Katrina Kaif positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrukh Khan dan Katrina Kaif dilaporkan positif selepas menjalani ujian Covid-19. - Hindustan Times

NEW DELHI – Bintang  Bollywood tersohor, Shahrukh Khan disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan, lapor akhbar Indian Express semalam.

Perkara tersebut disahkan Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee dalam satu kenyataan di laman Twitter. Dalam kenyataannya, beliau turut mendoakan agar Shahrukh segera sembuh.

“Baru mendapat berita bahawa Shahrukh didapati  positif Covid-19. Semoga dia  segera sembuh dan kembali aktif dalam industri hiburan seperti biasa,” tulis Mamata.

Shahrukh mahupun wakil pihak pengurusannya bagaimanapun masih belum tampil dengan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Pada  masa yang sama, aktres Bollywood, Katrina Kaif turut dilaporkan positif wabak tersebut dan telah menamatkan tempoh kuarantin wajib.

Dikatakan bahawa Katrina terpaksa menjadualkan semula penggambaran untuk filem Merry Christmas Sriram Raghavan yang turut dibintangi oleh Vijay Sethupathi selepas dia dimaklumkan tentang perkara itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI