fbpx

KBS garis enam komponen jayakan VSN2030 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican berucap merasmikan Kanvas Visi Sukan Negara 2030 secara maya hari ini.

PUTRAJAYA – Enam komponen utama digariskan sebagai panduan dalam merangka satu aspirasi dan cadangan penambahbaikan dalam menjayakan Kanvas Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, elemen pertama yang perlu ada ialah pemerkasaan budaya sukan dalam masyarakat dengan akses sukan yang lebih inklusif sehingga ke peringkat akar umbi.

Katanya, program-program seperti Fit Malaysia akan terus diperluaskan dan KBS akan memperkasakan roadmap agenda ‘Wanita Dalam Sukan’.

“Kedua adalah kecemerlangan sukan yang merangkumi pengukuhan struktur model pembangunan kecemerlangan sukan lebih holistik dan serba mampan berlandaskan piawaian dan akreditasi antarabangsa dengan mengutamakan sukan berprestasi tinggi.

“Program Podium, Pelapis serta program yang dapat menonjolkan bakat baharu sukan akan kita perhebatkan. Di sinilah jaguh-jaguh ternama dunia lahir seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David, Pandelela Rinong, Azizulhasni Awang, Farah Ann dan sebagainya terus dilahirkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Kanvas Visi Sukan Negara 2030 secara maya di Facebook KBS hari ini.

Reezal Merican berkata, elemen ketiga pula membabitkan pengenalpastian dan pembangunan bakat melalui penstrukturan model yang lebih inklusif dan seragam berlandaskan penekanan aplikasi sains yang jitu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI