fbpx
SHAH RUKH KHAN

SRK terlalu tua untuk jadi gay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GARA-GARA membuat pengakuan bahawa dirinya tidak pernah sekali pun terniat curang, pelakon Bollywood terkenal Shah Rukh Khan dituduh menyukai kaum sesama jenis (homoseksual).

Menerusi satu temu bual baru-baru ini bersama majalah GQ, suami kepada Gauri Khan itu berkata, popularitinya sebagai pelakon tentu sahaja memudahkan dia untuk berlaku curang dengan mana-mana wanita.
Bagaimanapun, dia enggan enggan berbuat demikian kerana beranggapan kecurangan ialah suatu hal yang dianggap hina.

“Saya tidak pernah curang dan tidak pernah memiliki keinginan untuk menipu sesiapa pun,” katanya.

Bagaimanapun, disebabkan prinsip tersebut, pelakon berusia 55 tahun itu telah dituduh menyukai kaum sejenis atau homoseksual.

“Kerana saya tidak pernah curang, sebahagian orang mendakwa saya sebagai gay. Tapi saya sudah terlalu tua untuk jadi gay,” katanya.

POPULAR