fbpx

Pihak pendakwaan gagal buktikan Najib seleweng RM42 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib ketika hadir pada prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Pihak pembelaan hari ini berhujah bahawa pendakwaan gagal membuktikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeleweng wang Syarikat SRC International Sdn. Bhd. bernilai RM42 juta.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihak pendakwaan juga tidak dapat menunjukkan wang RM42 juta yang didepositkan ke dalam akaun Najib adalah wang daripada syarikat itu.

“Pihak pendakwaan gagal menunjukkan penguasaan penuh Najib terhadap wang tersebut.Tiada saksi hadir memberi keterangan dari mana wang RM42 juta itu datang. Oleh kerana pendakwaan gagal menunjukkan penguasaan Najib terhadap wang itu dan siapa yang memberikan arahan untuk mengeluarkan wang…kes pendakwaan telah hancur,” katanya.

Tambahnya, apa yang membuatkan keadaan paling kritikal adalah tidak ada sedikitpun bukti yang menghubungkan RM42 juta urus niaga di luar SRC dengan sebarang tindakan atau arahan Najib.

Dalam pada itu, Muhammad Shafee berhujah bahawa pendakwaan telah menyatakan RM42 juta itu telah dibawah keluar dari SRC International melalui surat arahan yang ditandatangani oleh dua individu iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut iaitu Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas pengarah syarikat itu iaitu Datuk Suboh Md. Yasin.

Muhammad Shafee turut berhujah bahawa saksi pendakwaan (SP) ke-42 (Datuk Suboh) adalah saksi paling teruk dan tidak boleh dipercayai.

Hujahan Rayuan bersambung lagi esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI