fbpx

Kadar zakat fitrah RM5 untuk Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menetapkan tiga kadar zakat fitrah pada tahun ini bagi pembayar zakat di kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ketiga-tiga kadar itu telah dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan.

“Kadar wajib zakat fitrah tahun ini ialah sebanyak RM5 dan jumlah tersebut ditetapkan untuk meringankan beban umat Islam kurang berkemampuan dalam menunaikan kewajipan itu ketika Covid-19.

“Dua lagi kadar ialah RM7 dan RM14 ditetapkan kepada mereka yang berkemampuan selain ingin membayarnya secara gandaan mengikut beras dimakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyampaian Bantuan Ihya’ Ramadan dan Watikah Pelantikan Ketua Amil serta Amil Zakat di Masjid Wilayah Persekutuan di sini tadi.

Katanya, bayaran zakat fitrah melebihi kadar minimum digalakkan secara sukarela tanpa wujudnya unsur paksaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI