fbpx

Didakwa pada hari jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Boon Chin didakwa menceroboh tanah rizab sungai pada hari jadinya di Mahkamah Sesyen Shah Alam.- Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Seorang pengarah syarikat pembekal komponen elektronik terpaksa menyambut hari jadinya dengan cara berlainan apabila didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan pilihan rasuah menceroboh tanah rizab sungai, dua minggu lalu.

Tertuduh, Ang Boon Chin, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Boon Chin yang memakai baju kemeja berwarna merah jambu ungu dengan padanan seluar slack biru gelap itu telah memberi suapan wang tunai RM10,000 kepada seorang penolong pegawai daerah dan tanah Klang sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap kilangnya, Gallex Enterprise (M) Sdn. Bhd.

Ini berikutan syarikat tersebut sedang disiasat atas kesalahan menceroboh tanah kerajaan di Lot 85096, Jalan Lengkuk Selatan, Taman Perindustrian Pandamaran di sini di bawah Seksyen 425 (1) Kanun Tanah Negara.

Perbuatan itu dilakukan di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 23 Mac lalu.

Justeru, Boon Chin boleh dipenjara sehingga 15 bulan atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fadhli Ab. Wahab memohon tarikh baharu untuk jatuh hukum selain menawarkan jaminan RM20,000 bersama seorang penjamin dan syarat tambahan pasport diserahkan kepada pihak mahkamah.

Bagaimanapun, Peguam Lo Mei Na mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan berikutan anak guamnya memberikan kerjasama kepada siasatan SPRM dan tiada risiko melarikan diri kerana isteri dan anaknya serta perniagaannya berada di negara ini.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 bersama penjamin dan membenarkan syarat tambahan pihak pendakwaan.

Tarikh jatuh hukum ditetapkan 15 April depan.

Kosmo! pada 25 Mac lalu melaporkan seorang pengarah syarikat pembekal komponen elektronik direman selama lima hari bagi membantu siasatan memberikan suapan bagi mengelakkan dikenakan tindakan menceroboh tanah rizab di Klang dekat sini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI